Saturday, April 21, 2007

robobug bedah jantung

Akhbar The Sun melaporkan,sekumpulan saintis Amerika Syarikat
berjaya mencipta 'ulatbulu robot' atau robobug (gambar contoh)>>>> disebelah
yang boleh merayap pada jantung sedang berdegup bagi membantu
pembedahan.

Robot berukuran 1 inci dikenali 'Heartlander' itu dimasukkan ke dalam utama pembedahan pada jantung,sebelum mencengkam organ penting berkenaan.

Alat ciptaan saintis Universiti Pittsburgh,Pennsylvania itu, di kawal alat khas dan boleh
digunakan bagi menyuntik ubat atau alat bantuan lain yang diperlukan.

bas khas untuk wanita

Selepas di Thailand,akhbar Kompas melaporkan sebuah syarikat pengangkutan PT Riau Kencana Madani melancarkan bas yang dikhaskan untuk penumpang wanita.

Lima buah bas diperuntukkan bagi laluan di Pekanbaru,Riau di Sumatera.Presiden syarikat,Deddy Mizward berkata,khidmat itu bertujuan menghalang penumpang wanita dari mengalami gangguan seksual.

Bagaimanapun,pemandu bas masih seorang lelaki kerana pihak syarikat gagal menemui calon wanita yang bersedia untuk menjadi pemandu bas sepenuh masa.

anak angkat dari india

Akhbar Daily Mail melaporkan,pasangan suami isteri dari Britain dirayu mengambil bayi perempuan India sebagai anak angkat untuk menyelamatkan mereka daripada kehidupan yang penuh penderaan dan penderitaan.

Lebih 11 juta kanak-kanak,terutama perempuan yang tidak diingini,tinggal dijalanan atau ditinggalkan dirumah yang terbiar dan kotor.

Beribu-ribu bayi perempuan India ditinggalkan ketika lahir oleh ibu yang miskin yang tidak mampu menyara serta menyediakan hantaran perkahwinan yang tinggi apabila dewasa kelak.Juga oleh wanita kelas pertengahan berikutan tekanan suami yang inginkan anak lelaki.

tai chi cegah kayap

Senaman tai chi yang diakui memberi kesan baik terhadap kesihatan warga tua,kini diketahui memberi satu lagi faedah,iaitu mencegah kayap.Ianya sejenis ruam kulit yang amat menyakitkan. Hasil kajian diketuai Dr.Micheal Irwin dari Universiti California LA,disiarkan dalam Jurnal Persatuan Geriatrik Amerika.

Penyelidik mendapati warga tua melakukan senaman pergerakan perlahan tai chi ,mempunyai kadar tindakbalas pelalian terhadap virus yang menyebabkan kayap berbanding mereka yang hanya mengikuti kelas kesihatan.

Masih belum jelas bagaimana senaman purba China itu yang semakin popular di Barat,memberi kesan kepada sistem pelalian manusia,tetapi pakar kesihatan amat teruja dengan hasil positif yang di perolehi. Kayap adalah penyakit ruam kulit yang biasa berlaku di kalangan mereka yang pernah mengidap campak.Virus campak kekal didalam tubuh dan timbul semula dalam bentuk kayap beberapa tahun kemudian.

Friday, April 20, 2007

kamikaze dari tentera britain


Menurut laporan oleh akhbar tabloid The Sun,juruterbang RAF Britain telah diminta oleh ketua mereka supaya melakukan penerbangan berani mati ala kamikaze sebagai sebahagian dari langkah memerangi pengganas.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Kementerian Pertahanan Britain dan menjelaskan bahawa keputusan sedemikian mungkin berlaku dan amat dahsyat tetapi harus diambil oleh juruterbang RAF.

Wednesday, April 18, 2007

selamat tinggal kad kredit


Salah satu sumber pendapatan bank,adalah melalui kad kredit.Promosi dan iklan "gila2" terhadap orangramai adalah satu perbuatan yang melampau.Penggunaan yang tidak terkawal akan menghancurkan dan menjahanamkan satu generasi.

Sememangnya,Islam tidak menghalang umatnya berhutang.Malah hutang diharuskan untuk membiayai perkara penting ketika kesempitan wang.Pengguna yang berbelanja tanpa kemampuan membayar akan terjebak dengan pelbagai masalah,akhirnya mendorong perbuatan rasuah,salahguna kuasa dan jenayah.

"Barang siapa berhutang daripada orang lain dan berniat membayarnya,maka Allah
meluluskan niatnya.Akan tetapi barang siapa yang mengambil hutang dengan niat
akan membinasakannya(dengan tidak membayarnya),maka Allah akan
merosakkannya".(Hadis riwayat Bukhari)

"Semua dosa orang yang mati syahid akan diampunkan Allah,
melainkan hutangnya". (Hadis riwayat Muslim)

kesan merokok ketika hamil


Merokok ketika hamil meningkatkan berkemungkinan anak yang dilahirkan adalah perempuan,menurut kajian meluas yang dilakukan pakar paediatrik.

Kajian juga menyebut,peluang mendapat anak lelaki menurun hampir separuh jika kedua-dua ibubapa merokok pada awal kelahiran,ketika ada bukti baru bahawa amalan itu mampu 'membunuh' janin lelaki di dalam rahim.

Akhbar Independent melaporkan,merokok bukan hanya mengurangkan peluang mengandung anak lelaki,tetapi juga boleh memghentikan janin lelaki terbentuk di dalam rahim.

Ketika hampir 52% daripada semua bayi yang dilahirkan adalah lelaki di Barat,bilangan anak perempuan meningkat secara dramatik di kalangan perokok.Kajian terhadap 9000 kehamilan di Liverpool mendapati wujud ketidakseimbangan mengejut dalam bilangan bayi perempuan di kalangan ibibapa perokok.

Ibu yang merokok ketika hamil adalah 1/3 kurang berkemungkinan melahirkan anak lelaki berbanding ibu tidak merokok.Jika si bapa juga perokok dan jika faktor seperti kesihatan serta usia ibu diambil kira,peluang untuk mendapat anak lelaki berkurangan sehingga hampir separuh.