Wednesday, March 21, 2007

bedah kurus boleh hilang ingatan


Setiap wanita atau gadis mengimpikan bentuk badan yang menarik dan menawan.Pelbagai cara yang dilakukan untuk mencapai impian tersebut.Antaranya dengan menjalankan pembedahan menguruskan badan.Namun begitu,terdapat kesan sampingan yang berjaya dikesan oleh penyelidik dari Falkuti Perubatan Universiti Wake Forest,di North Carolina.

Antara kesannya,mengalami masalah hilang ingatan,keliru dan sukar menyelaraskan pergerakan badan.Kajian yang disiarkan dalam edisi terbaru Neurology,mengaitkan masalah serius itu kepada kekurangan vitamin B1 atau thiamine dalam badan.Mereka yang menjalani pembedahan kurus badan lazimnya mengalami masalah sering muntah selepas rawatan berkenaan.

Gejala tersebut,lazimnya berlaku dalam dalam tempoh 1 hingga 3 bulan selepas pembedahan,termasuk kaedah mengikat perut dan memotong sebahagian usus bagi membantu pesakit menguruskan badan.

No comments: