Thursday, March 22, 2007

dunia tanpa sempadan


Semakin hari semakin ramai penduduk di seluruh dunia menggunakan perkhidmatan internet.Pelbagai aktiviti dapat dilakukan dengan internet seperti maklumat ekonomi,sains,geografi dan politik.Kemudahan prasarana seperti sistem satelit moden telah merancakkan lagi keupayaan internet.

Akhbar Washington Post melaporkan,berjuta-juta penduduk dunia kini menjadikan internet sumber utama mendapatkan kaunseling keagamaan termasuk saudara baru yang bertanyakan mengenai soal ketuhanan,agama dan panduan ibadat.

Jutaan umat Islam didapati,memindah-turun panduan seperti waktu solat dan rakaman bacaan ayat suci dari kitab Al-Quran.Sebagai pengguna internet,gunakanlah info yang berguna untuk kebaikan diri dan keluarga dari masa ke semasa tanpa halangan.