Monday, March 19, 2007

duduk lama bawa maut


New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru,ada melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku.
Penyelidik mendapati,satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku,adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

DVT ialah pembekuan darah beku dalam pembuluh darah vena,terutama di kaki.Pembekuan boleh merebak ke hati,paru-paru atau otak,menyebabkan sakit dada,sesak nafas dan maut
Ketua penyelidik,Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari.Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

2 comments:

ibrahim yahaya said...

zek,
kita boleh membeli stokin khas di farmasi untuk mengelakkan darah beku di kaki. stokin khas itu boleh dipakai sepanjang masa terutamanya ketika kita membuat kerja di hadapan komputer. stokin ini boleh dipakai ketika dalam penerbangan terutama perjalanan jauh.

sYaNa said...

hi zek :o)... i blog-hopped from DuniaTiger.

socks or no socks, now i'm scared. after reading this, i'm going to bed. enough of blog-hopping for today.

i'm suppose to be on hiatus from blogging and yet i'm here for the past 2 hours blog-hopping hehehe

thank you for the info.